• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Hujan Tambah Lagi Cabaran Buat Peserta



Oleh: Adli Mohamad & Ahmad Fadhilah

DUNGUN, 16 Disember- Terpaksa meredah trek yang licin dan dipenuhi air akibat hujan lebat sebaik perlumbaan bermula sedikitpun tidak menghalang lebih 300 peserta Rainforest Endurance Park, Bukit Besi, untuk mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan yang berlangsung semalam dua hari di Bukit Besi, bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman, berkata kejohanan yang dianjurkan Alam Perkasa bersama Terengganu Four Wheller Team turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri.

“Hujan lebat menjadikan kejohanan itu mempunyai cabaran yang agak unik dan lebih menguji para peserta.

“Ianya melibatkan 70 kenderaan untuk kategori Endurance Motorcross, Hardcore 4 x 4, Litecore 4 x 4,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika pada sidang media program berkenaan, disini, semalam.

Katanya, penganjuran program tersebut diharap akan menaikkan lagi imej pelancongan Negeri Terengganu.

"Saya mewakili kerajaan Negeri Terengganu mengalu-alukan program seumpama ini dan mengharapkan ianya dijadikan sebagai program tahunan dan InsyaAllah kerajaan negeri akan terus memberi sokongan," ujarnya.

Tag: