• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Isu Rakyat Setiu Dibawa Ke Kamar Khas Parlimen

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Sesi Kamar Khas pada sidang parlimen telah dimanfaatkan oleh Ahli Parlimen Setiu untuk membawa isu-isu setempat kepada pihak yang berwajib. 

Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, peluang itu diambil bagi membangkitkan isu-isu infrastruktur di Terengganu khususnya di kawasan Setiu. 

"Antaranya kerja penyelenggaraan yang perlu dijalankan segera ialah kerja Berkala Pavemen dengan anggaran kos RM4,250,000," katanya.

Selain itu, kerja penyelenggaraan pencahayaan jalan termasuk kerja-kerja pemasangan lampu di laluan yang teramat gelap pada waktu malam, Feeder Pillar serta kabel bawah tanah cas sambungan sesalur TNB turut dibangkit. 

"Dalam sesi tersebut juga, saya juga telah menyuarakan isu selekoh maut di sempadan Setiu-Kuala Nerus," jelasnya.

Selain itu, beliau juga mengutarakan isu mendapan jalan yang teruk di Kampung Air Sejuk kepada pihak kementerian. 

“Saya berharap agar segala yang disuarakan dapat dijalankan secepat mungkin demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Terengganu khususnya rakyat Setiu," ujarnya.


Tag:

Artikel Berkaitan