lightning-solid
Berita :
Jabatan Laut, Jabatan Alam Sekitar Diminta Siasat Pencemaran Di Pantai Teluk Kalong
Jabatan Laut, Jabatan Alam Sekitar Diminta Siasat Pencemaran Di Pantai Teluk Kalong
Ezani Razali
18 jam yang lepas
60

KEMAMAN, 13 Januari - Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar diminta menjalankan siasatan segera berkaitan pencemaran yang berlaku di Pantai Teluk Kalong, Kijal.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato' Hanafiah Mat berkata perkara itu diketahui setelah menerima aduan daripada penduduk setempat.

"Pagi ini saya turun sendiri di sini bersama pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan mendapati terdapat banyak bahan berwarna hitam yang terdampar di sepanjang pesisir pantai, dipercayai berpunca daripada sebuah tongkang yang hanyut dan telah melanggar batu di kawasan tersebut.

"Jadi saya mohon pihak berwajib menyiasat perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya di atas kejadian yang berlaku ini," ujarnya kepada pemberita di sini, semalam.

WhatsApp Image 2026-01-11 at 4.18.05 PM.jpeg 129.5 KB

Hanafiah turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat yang peka dan melaporkan insiden pencemaran yang berlaku ini.

"Insya-Allah, kami mengharapkan segala urusan ini dipermudahkan dan Pantai Teluk Kalong kembali bersih seperti sebelumnya," katanya lagi.


Artikel Berkaitan