• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Jangan Ada Sifat Dendam- Mohd Nor



Oleh Syaharulhafizi Shamsudin

KUALA TERENGGANU- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menutup buku lama serta kita mulakan dengan buku baru.

“Saya harap penyelesaian yang lebih baik dan tiada sifat balas dendam. Namun setiap penyelesaian ada kaedah dan cara yang perlu kita ikuti serta akan memerlukan sedikit masa.

“Imam dan bilal harus mengikut peraturan dan enakmen yang ditetapkan oleh pejabat agama. Jangan merasa kita telah menjadi imam yang lama, kita sentiasa betul. Oleh sebab itu, imam dan bila, perlu berlajar secara berterusan, “ujar beliau ketika menghadiri majlis pertemuan yang dibawah profotlio beliau bersama Imam dan bilal, semalam

Di dalam majlis itu, beliau sempat memuji kepada imam dan bilal yang masih berkhidtmat walaupun telah disekat elaun bulanan serta berharap usaha itu diterima dan mendapat ganjaran dari Allah.

Antara Imam masih bertugas selepas elaun disekat seramai 12 yang terdiri daripada 7 orang di Kuala Terengganu, 2 orang di Kuala Nerus dan 3 orang di Dungun. Manakala bilal pula seramai 10 orang yang terdiri daripada 2 orang di Kuala Terengganu, 2 orang di Kuala Nerus dan 6 orang di Dungun.

Tujuan perjumpaan bertujuan membincangkan usaha murni yang akan dijalankan oleh kerajaan dan penyelesaian masalah berbangkit telah sekian lama dan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, (JHEAT).

Antara yang turut hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam), Ustaz Mohd Azam Awi, Ketua Penolong Pesuruhjaya Pengurusan Masjid, Ustaz Haji Mokhtar Salleh, Pegawai Agama Daerah serta Imam dan bilal masjid mukim.


Tag: