• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

JPKK Terima Geran 'One-Off' RM5.265 Juta

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Kerajaan Negeri Terengganu bakal menyalurkan bantuan secara Geran ‘One-Off’ kepada 1053 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) seluruh negeri yang melibatkan kos keseluruhan RM5.265 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata setiap JPKK akan memperoleh sebanyak RM5000 untuk dimanfaatkan kepada penduduk kampung masing-masing dengan aktiviti bermanfaat.

‘’Bantuan ini bolehlah dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti kebajikan serta keperluan setempat lain dalam kampung masing-masing," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman media rasmi, semalam.

‘’Kerajaan Negeri merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti dari semua anggota JPKK dalam menyantuni pelbagai lapisan rakyat berhadapan situasi kehidupan masyarakat. Semoga Allah mengurniakan ganjaran sebaiknya atas segala jasa dan bakti," katanya lagi.