• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Juara LTdL 2017 Milik Ray Gibbons

Gibbons (tengah) muncul Juara Keseluruhan LTdL 2017. Foto Oleh: Harish Fadzillah Kasim

Ray Gibbons, pelumba Team Dimension Data mengunguli kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 apabila muncul pemenang keseluruhan acara sukan berprestij itu yang berakhir di Putarjaya, semalam.

Pada perlumbaan peringkat akhir (peringkat kelapan) yang melibatkan jarak 112 kilometer daripada Setiawangsa  hingga Putrajaya, walaupun Gibbons menduduki tempat keempat, namun pelumba berusia 22 tahun ini memenangi jersi kuning dengan memungut mata terkumpul 29 jam 04 minit dan 57 saat.

Pelumba dari Afrika Selatan itu turut merangkul gelaran Raja Pecut dengan mengumpul 75 mata, diikuti pelumba UnitedHealthCare Pro Cycling Team, Travis McCabe dari Amerika (62 mata) dan pelumba Itali Jakub Mareczko di tempat ketiga dengan 54 mata.

Sementara itu, McCabe diumumkan sebagai pemenang peringkat kelapan diikuti pelumba Australia, Anthony Giacoppo yang mewakili IsoWhey Sports SwissWellness di tempat kedua sementara pelumba Itali, Riccardo Stacchiotti dari Nippo Vini-Fantini di tempat ketiga.



Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) pula kekal di tempat pertama dalam carta pelumba terbaik negara dengan catatan masa keseluruhan 29 jam 12 minit 59 saat.

Tag: