• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

'Kami Tidak Merungut Walau Dibebani Projek Terbengkalai'

BESUT, 20 Februari – Kerajaan negeri tidak pernah merungut walaupun terpaksa memikul beban projek terdahulu yang terbengkalai sebaliknya mengambil inisiatif membaik pulih semula kesemua 'pembangunan separuh masak' itu demi manfaat masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, usaha tersebut boleh diibaratkan sebagai 'anak yang kotor akan dimandikan dan dicantikkan kembali'.

“Bila kita kahwin dengan janda, anak tiri kita juga perlu jaga, ia sebahagian daripada tanggungjawab kita.

“Banyak projek terbengkalai melibatkan ratusan juta, antara projek yang diperbaharui seperti projek Ladang Rimbunan Kasih bernilai RM27 juta di Rantau Abang, kita hidupkan kembali Ladang Kelapa Matag di Langkap yang sebelum ini diperuntukkan kira-kira RM5 juta tapi terbengkalai.

“Beberapa projek Lembah Kaprima di setiap daerah di Terengganu, Pusat Veterinar Jenang juga antara yang dihidupkan kembali menjadi pusat penghasilan tenusu," katanya bagi membalas tohmahan kononnya tiada sebarang bentuk pembangunan dibuat kerajaan PAS Terengganu selepas merasmikan program Agihan Pencen Rakyat di Dewan Sivik Jabi, baru-baru ini.

Tambah beliau, projek padang ragut terbiar digunakan kembali sebagai padang ragut rakyat dan hab lembu sado.

"Banyak jika kita senaraikan apa yang telah ditinggalkan kita pikul kembali, ia bukan suatu beban buat kita,” katanya.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu, konsep pembangunan bukan sahaja melibatkan bangunan semata-mata dan bukan satu-satunya kaedah dipraktikkan kerajaan.

“Saya ambil contoh iaitu sempena Tahun Pertanian Terengganu 2021, sebanyak 45 projek telah berjaya dilaksanakan manakala 93 daripada 94 program telah dijalankan.

“Kita mengutamakan pembangunan yang hasilnya boleh dinikmati dan dikecapi rakyat, jika ambil contoh daripada portfolio saya sebuah bentuk bangunan tidak dapat dilihat adalah pelabuhan tukun melibatkan kos RM1.2 juta.

“Kemajuan ini tidak dapat dilihat kerana ia dibawah laut, namun faedahnya adalah memperkayakan sumber laut, Alhamdullilah ia dinikmati dalam bentuk peningkatan pendapatan nelayan.