Artikel "Utama" Terkini
Dapur Rakyat PKM Sura Bantu Mangsa Banjir
DUNGUN, 1 Disember - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura mengambil inisiatif mewujudkan Dapur Rakyat sebagai usaha membantu mangsa banjir yang terjejas akibat hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tg Md Fauzi, usaha itu dilaksanakan berikutan...
01 Dec 24
1047
Exco Cadang Tangguh Tutur BM SPM, Emosi Pelajar Terjejas
KUALA TERENGGANU, 1 Disember- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap keperluan emosi yang dihadapi calon-calon Sijili Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menangguhkan ujian lisan Bahasa Melayu yang akan bermula esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul...
01 Dec 24
1135
Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Sekitar Marang, Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 1 Disember- Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang dan Kuala Terengganu hari ini.
Langkah itu diambil demi keselamatan pengguna setempat susulan insiden hujan dan banjir.
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah...
01 Dec 24
3201
Kerajaan Pantau Situasi Banjir, Pastikan Bantuan Disalur Segera - MB
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi berkaitan akan terus memantau situasi banjir dan memberi perhatian terhadap keperluan mangsa dengan memastikan segala bantuan disalurkan segera.
Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai usaha telah dan sedang digerakkan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa yang...
01 Dec 24
581
43,273 Mangsa Banjir Terengganu Berlindung Di 307 PPS
KUALA TERENGGANU, 1 Disember- Situasi banjir di negeri ini tidak menunjukkan perubahan positif apabila jumlah penduduk yang terjejas kini mencecah 43,273 mangsa daripada 11,707 keluarga.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, semua mangsa banjir kini berlindung di 307 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah di negeri ini.
Sehingga...
01 Dec 24
549
'Saya Cuba Tolong Adik-Adik Tapi Gagal' - Abang Mangsa
HULU TERENGGANU, 30 November - "Saya berusaha alihkan sisa runtuhan namun gagal setelah berlakunya pergerakan tanah dan tiba-tiba saya tidak sedarkan diri," ujar Uzair Azman,17.
Dia merupakan mangsa yang terselamat daripada tragedi tanah runtuh yang turut mengorbankan dua adik perempuannya di Kampung Bukit Apit, Ajil petang semalam.
Uzair yang dibenarkan...
01 Dec 24
598
PPS DUN Manir Dibuka, 200 Keluarga Terlibat Banjir Dipindahkan
HULU TERENGGANU, 30 November - Kira-kira 200 keluarga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS)apabila hujan lebat berterusan sejak beberapa hari menyebabkan beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) mula Manir dilanda banjir.
PPS pertama dibuka di SK Pulau Bahagia sekitar jam 10 pagi selepas paras air mula naik sekitar...
30 Nov 24
701
Ahmad Zahid Arah Pihak Berkuasa Pantau Lokasi Tanah Runtuh
HULU TERENGGANU, 30 November - Kerajaan Persekutuan mengarahkan pihak berkuasa meninjau lokasi di kawasan cerun atau lereng bukit serta gunung yang berisiko berlaku tanah runtuh.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi memastikan insiden tanah runtuh yang berlaku di Kampung Bukit Apit tidak berulang...
30 Nov 24
385
Hanafiah Iring Zahid Santuni Mangsa Banjir
HULU TERENGGANU, 30 November - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyantuni mangsa banjir di Terengganu hari ini.
Dalam kunjungan itu, Ahmad Zahid berkata, Kerajaan kini sedang membina 14 Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di setiap...
30 Nov 24
689
Jenazah Dua Beradik Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad
HULU TERENGGANU, 30 November - Jenazah dua beradik yang merupakan mangsa insiden tanah runtuh di Kampung Bukit Apit selamat dikebumikan pada 1.00 tengah hari tadi.
Jenazah Puteri Sajidah Azman, 16,dan adiknya Siti Fatimah, 13, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panggong.
Jenazah dua beradik itu tiba...
30 Nov 24
753