Kejohanan Motocross Besut Uji Ketahanan Mental, Fizikal Remaja

Kejohanan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Benting Lintang, Besut, itu dilihat berjaya menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat.
Lebih 2,000 penonton menyaksikan kejohanan yang dianggap paling meriah dan menarik terutama aksi mencabar yang dilakukan peserta.
Pengerusi J3K Kampung Benting Lintang, Ghazali Daud berkata, kejohanan itu bertujuan menarik minat golongan muda dalam sukan lasak dan aktiviti permotoran.
Katanya, pada kejohanan itu, seramai 150 peserta dari seluruh Terengganu mempamerkan kehabatan dalam aksi yang penuh cabaran.
Beliau berkata, sambutan menggalakkan daripada peserta selain sokongan peminat setempat meneriahkan kejohanan kali pertama tahun ini.

Beliau turut meluangkan masa menonton kejohanan itu sehingga tamat.