• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kesom Che Nordin Fc Julang Piala Ahli Parlimen Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Pasukan Kesom Che Nordin Fc muncul johan pada Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala YB Ahli Parlimen Kuala Nerus 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.

Manakala, pasukan Tanjung Sabtu Fc meraih Naib Johan dan tempat ketiga bersama ialah pasukan Banggol Homestay FC dan pasukan Batu 6 FC.

Johan menerima RM5,000 beserta piala dan pingat, naib johan RM3,000 beserta pingat dan tempat ketiga bersama pasukan menerima RM1,500 beserta pingat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Alias Razak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan jawatankuasa pelaksana yang telah berusaha menjayakan kejohanan ini.

“Semangat juang yang tinggi dan berpasukan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan wajar dipuji setelah kedua-dua pasukan memberikan saingan yang sengit sehingga membawa kepada penentuan sepakan penalti.

“Apa yang lebih penting adalah objektif penganjuran kejohanan ini iaitu sukan menyatukan kita semua,” katanya.


Tag: