Jalur Gemilang
Berita :
KOMIT Hidupkan Semula Padi Darat, Warisan Pertanian Kampung Tebakang
KOMIT Hidupkan Semula Padi Darat, Warisan Pertanian Kampung Tebakang
Noraini Jusoh
6 jam yang lepas
60

MARANG, 20 September - Usaha Koperasi Kariah Masjid Kampung Tebakang Marang Berhad (KOMIT) mengusahakan tanaman padi darat di Kampung Tebakang, Bukit Payong dilihat bukan sekadar projek pertanian, malah berupaya menghidupkan semula warisan pertanian masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, Kampung Tebakang dahulunya pernah menjadi antara kawasan tanaman padi darat yang terbesar di negeri ini.

Namun katanya, tanaman berkenaan kini semakin jarang diusahakan.

“Padi darat mungkin kurang popular berbanding padi sawah, malah generasi baharu juga semakin tidak mengenali varieti padi yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan sumber rezeki masyarakat terdahulu.

“Sebab itu saya melihat usaha KOMIT ini lebih daripada sekadar projek pertanian. Ia adalah usaha menghidupkan kembali sebuah warisan,” ujarnya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Ariffin berkata, usaha berkenaan turut membawa nilai sejarah dan budaya kerana padi darat menyimpan kisah tentang tanah, keringat petani, budaya masyarakat serta sumber makanan generasi terdahulu.

Katanya, usaha seperti itu wajar dikembangkan bukan sahaja untuk mengembalikan tanaman padi darat di Tebakang, tetapi menjadikannya aset ekonomi, ilmu dan warisan pertanian untuk generasi akan datang.

“Daripada tanah yang pernah menjadi hamparan padi, mudah-mudahan lahir kembali sebuah kisah kejayaan.

“Padi darat kembali ke tanah asalnya. Warisan lama, kita hidupkan untuk masa hadapan,” katanya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan