• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Koperasi PTB Jaga Kebajikan Ahli



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 3 Februari- Koperasi Pesaka Terengganu Berhad (PBT) terus utuh dan relevan dalam menjaga kebajikan ahlinya.

Pengerusi Lembaga Pengarah PTB, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Koperasi PTB yang berusia lapan tahun itu antara koperasi yang bertahan kerana mempunyai elemen kekuatannya yang tersendiri.

Katanya, kejayaan sesebuah koperasi itu bergantung kepada komitmen ahli serta perancangan yang tersusun.

“Kejayaan atau mundurnya sesebuah koperasi atau organisasi kebiasaannya bergantung kepada dua aspek iaitu komitmen kita berkerja, merancang dan berfikir bagi memajukan koperasi dan keduanya disebabkan perancangan.

"Yang selalu berlaku kegagalan ialah pada amanah yang diberikan. Duit modal, kadang-kadang hutang yang tidak dijelaskan, bahkan ditambah hutang. Apabila aset melebihi liabiliti disitulah akan mula timbul masalah.

"Kita perlu melihat pada semangat dan perancangan, kalau kita gagal merancang, sebenarnya kita telah merancang kegagalan, tetapi kalau kita merancang sebaik mungkin sudah tentu akan berjaya," ujarnya.

Beliau Berkata demikian, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Koperasi PTB, di Kelab Golf, Bukit Besi, baru-baru ini.

Tag: