• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Kopi Super Jantan Belanja Hampir Setengah Juta Taja T-Team

Zulkifli menyampaikan tajaan berupa Kopi Super Jantan kepada kapten pasukan T-Team FC, Mohd Hasbullah Awang di Padang Latihan T-Team, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Kopi Super Jantan keluaran GLE Centre Sdn Bhd telah membelanjakan hampir RM500,000 sepanjang menjadi penaja pasukan berstatus kelab, T-Team FC selama lima tahun bermula dari tahun 2013.

Pengarah Urusan syarikat tersebut, Mohd Zulkifli Harun berkata penajaan yang dilakukan secara berterusan itu adalah berdasarkan prestasi T-Team.

"Sehingga hari ini, kami tidak pernah putus untuk menjadi penaja bagi pasukan ini kerana melihat pada T-Team yang mampu pergi lebih jauh.

"Buktinya pada tahun lepas, walaupun tidak diberi harapan yang tinggi, namun T-Team mampu ke separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia dan saya yakin untuk tahun ini pasukan ini mampu melakukan lebih daripada itu," katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Tajaan Kepada Pasukan T-Team di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, Kopi Super Jantan tidak akan terlepas untuk mengadakan program bersama peminat pasukan T-Team.

"Kita sentiasa adakan program-program bersama penyokong serta kelab-kelab penyokong termasuk dengan Titans Troppers. Kita ada buat laksanakan pelbagai program.

"Dan pada masa yang terdekat ini, untuk perlawanan Piala FA, Titans menentang ATM akan ada sesuatu untuk penyokong pasukan T-Team," katanya.

Tag: