• 24 Jul 2024 | 17 Muharam 1446

Korban Perdana Tanam Semangat Muafakat

KUALA TERENGGANU, 19 Jun - Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban menzahirkan semangat muafakat yang masih kekal dalam dalam masyarakat pada hari ini walaupun berbeza latar belakang. 

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, perkara itu jelas kelihatan sepanjang program korban perdana Parlimen Kuala Terengganu bersama DUN Wakaf Mempelam yang diadakan semalam.

Beliau berkata, program telah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah disusun.

"Semua petugas yang terdiri daripada JPKK, Pemuda PAS DUN, Jabatan Amal, Jabatan PASTI, NGO LASAK nampak bersemangat dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program

"Sebelum tiba waktu program, pihak urus setia telah bermesyuarat beberapa kali bagi memastikan kelancaran program tersebut," katanya.

Program yang bermula sekitar jam 7.30 pagi itu berakhir sekitar waktu zohor, sebanyak 22 ekor lembu berjaya disembelih, dilapah dan diagihkan kepada penerima.

Menurut Ahmad Amzad, beliau telah menyumbangkan 10 ekor lembu, salah satu daripadanya adalah lembu sado. 

"Manakala bakinya adalah lembu daripada setiap DUN dalam parlimen Kuala Terengganu. Sumbangan daging korban ini memberi manfaat kepada lebih 5,000 penerima.

"Saya ada menyediakan jamuan buat petugas dan tetamu yang hadir. Saya terperanjat kerana sambutan yang diluar jangkaan," katanya.


Tag: