• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Kpah Sherman Sah Milik Terengganu FC

KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Penyerang kelahiran Liberia, Kpah Sherman sah menjadi penyerang import Terengganu FC bagi saingan Liga Malaysia 2022.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Terengganu FC di laman Facebook rasminya, Sherman dikatakan memilih untuk mewakili pasukan Terengganu selepas beraksi bersama kedah sejak 2020.

Sepanjang dua musim di Kedah, Sherman telah menjaringkan 19 gol bersama pasukan itu selain pernah beraksi pada kejohanan kelayakan dan playoff Piala AFC 2020.


Tag: