• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Langkah Tepat Pas Tamatkan Tahaluf Siyasi Dengan PKR


Tajuddin Abdul Rahman

Tindakan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)telahpun dijangka dan dilihat sebagai satu langkah tepat bagi mengukuhkan parti itu selari kehendak ramai bagi memperjuangkan agenda Islam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata,  keputusan berkenaan  sudah dijangkakan berikutan selama ini serangan yang dilakukan oleh PKR terhadap Pas banyak membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang parti berkenaan.

"Hubungan ini perlu diputuskan dan Pas sudah sedar perbezaan agenda perjuangan dan hala tuju PKR adalah berbeza serta mereka selama ini hanya diperalatkan oleh sekutu mereka dalam perjuangan menentang Barisan Nasional.

"Ahli parti PKR terdiri hanya 20 peratus Melayu dan 80 peratus bukan Melayu,malah perjuangan serta hala tuju mereka pun hampir sama dengan DAP, jadi macam mana mereka hendak kawal dan tentukan hala tuju untuk orang Melayu.

"Malah PKR kurang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam hala tuju mereka.Tapi untuk mendapatkan sokongan politik daripada kaum Melayu dan Islam, mereka gunakan Pas bagi meraih penyokong dan undi,"kata Tajuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di Majlis Ceramah Serentak 32 Dun (N24 Ajil) di Kampung Pela,Ajil,semalam.



Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN )Ajil,Ghazali Taib.

Usul bagi memutuskan hubungan tahaluf siyasi Pas dengan PKR diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang bersidang pada Muktamar Dewan Pemuda ke-58 di Kompleks Pas Kedah.

Tag: