• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Lee Tuck Ajak Penyokong 'Rumbu' Stadium

KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Pemain naturalisasi kebangsaan, Andrew Lee Tuck menyeru penyokong Harimau Malaya menggamatkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) bagi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Kepulauan Solomon, malam ini.

Bekas pemain tengah Terengganu FC itu turut berpendapat, penyokong dari Terengganu mempamerkan semangat dan sokongan hebat setiap kali perlawanan diadakan.

"Saya pernah menghabiskan banyak masa di sini , banyak memori yang indah tentang bandar dan stadium ini, jadi ia seperti biasa untuk bermain di sini dan saya bersyukur kami dapat bermain di sini," katanya ketika ditemui pemberita di Primula Beach Hotel, semalam.

Skuad Harimau Malaya, buat kali pertama pada dekad ini dijadualkan beraksi di Terengganu dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kepulauan Solomon yang berada di 'ranking' 134 dan Papua New Guinea (159) pada Selasa depan. 

Sementara itu, pertahanan kebangsaan, La,Vere Corbin-Ong pula mengingatkan kehangatan yang disajikan setiap kali berkunjung ke kubu Terengganu FC itu dalam perlawanan liga.

"Saya teruja bermain di hadapan penyokong di Terengganu. Saya berharap dapat melihat seramai mungkin penyokong yang hadir dan kami akan cuba memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan ini," katanya.

Berdasarkan info dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), setakat jam 12.00 tengahari ini, hanya sebanyak 7,750 tiket terjual dan FAM menyeru para penyokong Harimau Malaya memenuhkan sokongan kepada pasukan kebangsaan malam ini.

 


Tag: