lightning-solid
Berita :
Lubuk Batu Challenge 3.0 Pecah Rekod Penyertaan Teramai
Lubuk Batu Challenge 3.0 Pecah Rekod Penyertaan Teramai
Abdul Fattah Kamarudin
1 hari yang lepas
371

MARANG, 31 Januari – Penganjuran Lubuk Batu Challenge (LBT) 3.0 mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan jumlah penyertaan tertinggi sejak acara itu diperkenalkan.

Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Bukit Lubuk Batu, Zaid Ibrahim berkata, acara tahunan tersebut berjaya menarik 936 peserta dari seluruh Negeri Terengganu.

“Alhamdulillah, sepanjang kami menganjurkan Lubuk Batu Challenge, edisi 2026 ini mencatat penyertaan paling ramai. Untuk LBC 1.0 sekitar 100 peserta, manakala LBC 2.0 sekitar 200 peserta sahaja,” katanya.

Menurut beliau, walaupun LBT 3.0 hanya dibuka untuk penyertaan sekitar dua bulan lalu, sambutan yang diterima amat memberangsangkan.

Berkongsi pengalaman berlari di Bukit Lubuk Batu, juara kategori 21 kilometer, Muhammad Norhafizi Mohd Kasim, 27, yang mencatat masa 1 jam 47 minit 49 saat, mengakui keunikan laluan di lokasi tersebut.

IMG_1807.jpeg 2.53 MB
“Saya pernah menyertai acara larian di Gunung Berembun, namun laluan di Bukit Lubuk Batu lebih mencabar. Di gunung, laluan lebih kepada mendaki, tetapi di sini terdapat kombinasi berbukit dan mendatar yang benar-benar menguji ketahanan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, ketika merasmikan majlis penutup berkata, beliau sentiasa memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti yang melibatkan Bukit Lubuk Batu.

IMG_1916.jpeg 1.67 MB
“Bukit Lubuk Batu sentiasa menjadi keutamaan saya kerana potensi besar yang dimilikinya sebagai 'Community Based Tourism' yang hidup sepanjang tahun, tidak bermusim serta memberi pulangan kepada rakyat” katanya.



Tag :

Artikel Berkaitan