• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Masalah Teknikal Punca Bekalan Air Terputus

KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Bekalan  air paip yang terputus dalam sehari dua ini di beberapa tempat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang adalah disebabkan masalah teknikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, disebabkan gangguan bekalan eletrik dalamannya, tangki-tangki air Syarikat Air Terengganu Berhad (SATU) gagal beroperasi.  

"Ini menyebabkan bekalan air paip di Gong Kapas, Pasir Panjang, Bukit Besar dan kawasan sekitar terputus bekalan air," katanya ketika ditemui di sini. 

Menurutnya, masalah tersebut sedang diatasi dengan baik oleh SATU.

" Alhamdulillah sehingga pagi ini,  kebanyakan tempat telah mendapat bekalan air semula, cuma satu, dua tempat lagi masih belum pulih dan SATU sedang berusaha untuk membaik pulih sepenuhnya," ujarnya. 

Katanya lagi, terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak boleh dibaiki segera agar bekalan air pulih  sepenuhnya, dimana pihak SATU terpaksa mendapatkan barang-barang untuk membaik pulih daripada luar negara dan ini sudah tentu memakan masa untuk mendapatkannya . 

"InsyaAllah, loji yang dibina akan beroperasi paling lewatnya bulan April ataupun sebelum puasa. 

"Saya berharap agar rakyat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikannya bahkan kita meminta bantuan dari Kelantan untuk menghantar air ke kampung-kampung dan diagihkan kepada penduduk terjejas," jelasnya.


Tag: