• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

`Masih Ada Yang Sayang' Ibu Tunggal



Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 19 Februari- `Program Masih Ada Yang Sayang' antara insiatif Parlimen Dungun memberi perhatian khusus kepada golongan ibu tunggal di daerah itu.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, seramai  700 ibu tunggal di DUN itu dan berdaftar menerusi Kelab Ibu Tunggal (KIT) Bukit Besi.

"Untuk hari ini seramai 55 orang yang dikira bertuah untuk menerima sumbangan dari Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

" Mungkin selepas ini akan menyusul lagi bantuan seperti ini dari Parlimen Dungun secara berperingkat-peringkat, untuk hari ini ibu tunggal yang layak dan terpilih adalah dari kalangan ibu tunggal yang sakit yang mempunyai tanggungan yang ramai," ujarnya.




Beliau berkata demikian pada Program Masih Ada Yang Sayang, di Balai Raya Taman Setia, Al-Muktafi Billal Shah (AMBS), di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Pengerusi Khairunnisa Daerah Dungun, Siti Zaleha Mohd, Ahli-ahli jawatankuasa Kebajikan Parlimen Dungun, Institut Modal Insan DUN Bukit Besi, dan Pengerusi Majlis Pengerusi Komuniti Kampung, Maliki Said.

Sehubungan itu, Ghazali menasihati para ibu tunggal yang hadir agar menyertai kelab mahupun persatuan agar tidak murung.

"Di Bukit Besi ini, kita ada Kelab Ibu Tunggal Bukit Besi yang akan menjadi penggerak kepada seramai 700 orang ibu tunggal.

"Kesan dari kemurungan akan membawa kesan yang negatif dalam kehidupan, akan mudah hilang keyakinan.

"Melalui persatuan maka daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai ujian akan dapat ditempuhi," ujarnya.

Beliau juga amat memahami bahawa beban yang dihadapi oleh ibu tunggal tidak mudah, malah penuh liku, onak, ranjau dan duri.

Oleh yang demikian katanya, perlu menyertai persatuan, agar dapat menguruskan tekanan, supaya setiap apa jua masalah yang datang dapat memberi semangat bagi mengurus rumah tangga dengan baik.




Tag: