• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

MBKT Gandakan Operasi Kutip Sampah Menjelang Aidilfitri

KUALA TERENGGANU, 30 April - Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) telah menggandakan operasi kutipan bermula dua hari lalu bagi mengatasi isu longgokan sampah yang lewat dibersihkan 

Datuk Bandar MBKT, Rozali Salleh berkata, peningkatan pembuangan sampah pada musim perayaan berlaku setiap tahun namun kali ini ia lebih mencabar susulan kehidupan kembali normal pasca pandemik.

Katanya, pada hari biasa hanya sekitar 50 tan sampah sahaja dikutip, namun pada hari raya ia dijangka meningkat kepada 110 tan.

"MBKT bersama pihak kontraktor sentiasa bersedia dengan situasi ini, jadual bertugas telah digandakan sebanyak dua kali ganda daripada asal, sekali sehari.

"Penggunaan jentera lori sampah juga sudah berada pada tahap maksimum," jelasnya ketika dihubungi UPDI hari ini.

Mengulas lanjut, Rozali berkata, budaya makan secara 'cod' masyarakat pada hari ini turut menyumbang kepada peningkatan sampah secara mendadak.

"Selain itu, tong sampah yang MBKT sediakan hanyalah untuk sampah domestik tetapi ramai orang membuang semua sampah pukal seperti tilam dan perabot di situ.

"Ini mengundang longgokan sampah berlaku dengan sangat teruk di samping menyukarkan operasi pembersihan," katanya.


Tag: