• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Meneruskan, Membaikpulih Dan Menambahnilai Apa Yang Ada

Tajuk atas ini merupakan antara pendekatan menarik yang diamalkan oleh Kerajaan PAS Terengganu sejak dari 2018 hingga kini. 

Kita bukannya mengambil pendekatan, mengabaikan dan meminggirkan hasil kepimpinan lepas hanya kerana perbezaan politik. 

Malah, sebelum ini sesama parti pun mereka mengabaikan polisi atau pembangunan pimpinan sebelum mereka. Walhal itu sesama parti. 

PAS tidak lakukan sedemikian, jika apa yang ditinggalkan itu baik, maka ianya akan diterus, dibaikpulih dan ditambahnilainya. 

Tidaklah kita robohkan KTCC, Drawbridge, Masjid Kristal dan sebagainya, kerana pendekatan inilah yang PAS amalkan. 

Nah, Masjid Kristal yang bermasalah tahun 2017, kini telah dibaikpulih infrastrukturnya dan boleh digunakan kembali. Malah, ianya dihidupkan dengan majlis ilmu kini. 

Lebih menarik, Masjid Kristal ini bakal menerima jemaah yang tetap bukan lagi sekadar persinggahan pelancong. Berseri-seri masjid kristal bukan dari biasan cahayanya tapi dari majlis ilmu dan jemaah dalamnya. 

Lihat bagaimana pimpinan PAS berfikir, masjid yang ada perlu diimarahkan, buat masjid tapi orang kampung tak gi solat situ itu satu masalah. 

Takkan nak roboh? Maka diambil pendekatan untuk imarahkan masjid kena ada orang duduk dalam kawasan Taman Tamadun Islam iti. 

Maka kerajaan negeri telah membangunkan Pusat Tafaqquh Fiddin Tok Sheikh Duyong disana. 

Pusat pengajian ini untuk anak muda mahu melanjutkan pengajian turath diperingkat yang lebih tinggi, kini mereka ditempat sementara di Masjid Seberang Takir, Kuala Nerus.

Malah akan diadakan juga pengajian sepanjang hayat (long life learning). Pusat ini menginspirasikan kewibawaan ilmu Tok Sheikh Duyong ulama besar Terengganu.

Alhamdulillah, beberapa hari lepas Dr Sam merasmikan majlis pecah tanah, walaupun tiang-tiang bangunan sudah pun berdiri.

Bukan sahaja Masjid Kristal bakal mempunyai jemaah yang tetap, malah Taman Tamadun Islam juga menerima insan yang menjadi pemangkin pembangunan tamadun. 

Lebih manis, insan yang mendiam disana akan disirami dengan ilmu turath, dimana ilmu itu lah yang menjadi akar utama dalam ketamadunan dunia. 

Mengambil pula nama seorang tokoh ulama' yang bukan sahaja alim dengan kuliah dan lebih 74 buah karya dan buku catatan, malah ulama' ini merupakan rujukan besar dalam soal pentadbiran kepada pemerintah ketika abadnya.  

Maka, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal ditambahnilainya oleh Kerajaan PAS dengan penubuhan Pusat Tafaqquh fiddin Tok Sheikh Duyong. Melengkapkan ketamadunan, in sya Allah.

Begitulah PAS dalam pendekatannya. 

Ahmad Fahmi Mokhtar


Tag: