• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Oleh: Dzakaria Mohd Salleh

BATU RAKIT- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diingatkan agar terus bersama rakyat dalam apa jua aktiviti selain menjadi penghubung kepada kerajaan.

Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, kebersamaan MPKK bersama masyarakat perlu bersifat inklusif.

Katanya, MPKK dan masyarakat perlu menjalinkan hubungan yang baik dalam mencari penyelesaian apa jua masalah yang timbul untuk menjadikan Terengganu negeri yang Maju,Berkat Dan Sejahtera.


"Penglibatan MPKK dalam program gotong-royong seperti ini contohnya membuktikan keterbukaan (MPKK) boleh bersama masyarakat walaupun ini bukan program yang dianjurkannya.

“Tahniah pada penganjur dan MPKK atas semangat ukhuwah ini,” katanya selepas bersama-sama mengacau bubur asyura anjuran Masjid Al Ukhuwwah, Mengabang Telong,” semalam.

Program yang dianjurkan masjid berkenaan telah disertai MPKK Kampung Mengabang Telong, Alor Damat, Pengkalan Maras danTaman Perumahan Wakaf Tengah serta ahli qariah setempat.

Sebanyak empat periuk besar bubur asyura telah dimasak secara kerjasama dan diagihkan kepada penduduk serta jemaah masjid yang menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus pada sebelah malamnya.

Tag: