lightning-solid
Berita :
Muhammad Syamil Dilantik Pengerusi PBSSNT Baharu
Muhammad Syamil Dilantik Pengerusi PBSSNT Baharu
Abdul Fattah Kamarudin
1 hari yang lepas
17

MARANG, 21 Disember – Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sahabat Belia Sejahtera Negeri Terengganu (PBSSNT) Kali Ke-5 telah memutuskan pelantikan Muhammad Syamil Mohamad Suhaimi sebagai Pengerusi baharu persatuan tersebut bagi sesi 2025-2027.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Timbalan Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT), Muhammad Ridhuan Abu Bakar, selaku Jawatankuasa Pemilihan pada sesi mesyuarat yang diadakan di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, semalam.

Mantan Pengerusi PBSSNT, Mohamad Yusuf Abdullah, dalam ucapan perpisahannya menasihati para perwakilan agar memanfaatkan sepenuhnya kewujudan persatuan belia ini sebagai medan latihan dan pembangunan diri.

b0e03f4e-03af-488f-b820-a4c011d6fdb4.jpeg 595.6 KB
“Malaysia merupakan antara negara terakhir di ASEAN yang mengubah had umur belia. Jika dilihat di negara jiran, kebanyakannya telah menetapkan umur belia sehingga 30 tahun, manakala Malaysia baru mengikut langkah tersebut.

“Jadikan persatuan ini sebagai medan latihan untuk meningkatkan jati diri, khususnya buat mahasiswa yang baru menamatkan pengajian.

“Gerakkan kelab ini diperingkat kampung dan latih generasi baharu untuk bergiat aktif dalam kelab belia serta membantu komuniti setempat,” katanya

957d32da-4dbf-4f30-96a0-83a616fbeb0f.jpeg 247.32 KB
Sementara itu, Pengerusi PBSSNT yang baharu, Muhammad Syamil Mohamad Suhaimi, berharap pelaksanaan peraturan baharu dapat melahirkan pelapis kepimpinan daripada kalangan muka baharu.

“Kita mahu melihat belia baharu didedahkan dengan penglibatan dalam organisasi belia supaya dapat melahirkan pemimpin pelapis. Berilah mereka peluang.

“Walaupun persatuan ini mungkin tidak sehebat kelab belia lain, namun kita wajar berbangga kerana PBSSNT baru sahaja ditubuhkan lima tahun lalu,” ujarnya.



Tag :

Artikel Berkaitan