• 18 Mei 2024 | 10 Zulkaedah 1445

Nasib Ibu Tunggal Mualaf Akan Dibela




Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN 17 Februari–  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Alias Harun berharap Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil cakna nasib ibu tunggal mualaf Madinah Dabe Martin, 34.

Selain memastikan kehidupan ibu tunggal mualaf itu terjamin, keperluan mempelajari ilmu fardhu ain juga akan diberi perhatian serius.

"Kalau sebelum ini, beliau berusaha sendiri mempelajarinya, dengan bantuan Maidam pastinya beliau dapat belajar dengan lebih teratur, " katanya.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bercakap demikian ketika ditemui  wakil UPDI ketika menziarahi ibu muda tersebut di rumahnya di Taman Rakyat Jaya, di sini baru-baru ini.

Kisah Mardinah yang pernah disiarkan di laman portal ini setelah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) tersebut menziarahi beliau sekeluarga.

Hadir sama isteri beliau Rugayah Mahmood bersama beberapa kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Institut Modal Insan DUN dan MPKK.

Katanya, JKM dan MAIDAM telah memelihat borang yang dihantar kepada IMITS oleh MPKK sini, jadi, yang telah diberi oleh JKM, bantuan segera sebanyak RM300 ringgit telah disampaikan.

" Lepas tu, kepada anak RM400 dan dalam masa yang sama, JKM sedang berusaha untuk mendaftar anak OKU ini, tetapi perlu mendapat pengesahan daripada doktor yang menyatakan dia sah sebagai OKU," ceritanya.


Tag: