• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Padang Permainan Baharu Di Delong Ceriakan Kanak-kanak

 

DUNGUN, 7 Januari-Padang permainan kanak-kanak yang baharu dibina telah berjaya menceriakan anak-anak cilik di sini dan merupakan yang pertama serta satu-satunya dibina di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung(JPKK) Kampung Delong, Abu Bakar Mohamed berkata penduduk sekitar selama ini teruja dan tidak sabar menunggu siap ketika masih dalam pembinaan sehingga setiap hari datang meninjaunya.

Menurutnya padang permainan itu telah dibina oleh Lembaga Kemajuan Trengganu Tengah (KETENGAH) di atas  bekas tapak pencawang Lembaga Letrik Negara(LLN) yang diserahkan kepada JPKK.

"Ini adalah projek pertama yang berjaya dilaksanakan diantara projek-projek pembangunan yang telah dirancang oleh JPKK sejak mula-mula kita dilantik pada tiga tahun lepas.

" Antara projek yang kita rancang ialah mengadakan dewan orang ramai dan juga taman  rekreasi di tepi sungai  Kampung Delong. " Memandangkan Kampung Delong  di bawah kelolaan  KETENGAH, jadi kita telah mengemukakan permohonan tersebut bersama - sama dengan padang permainan ini, " katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) selepas perasmian ringkas Padang Permainan Kanak-kanak Kampung Delong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun di sini baru-baru ini.

Ujarnya, semenjak ia dibuka orang ramai sentiasa mengunjunginya terutamanya ketika cuti sekolah.


Tag:

Artikel Berkaitan