• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Pasukan Ragbi Terengganu Diperkuat Tengku Muhammad Ke Final Petang Ini




Skuad Ragbi Terengganu berjaya menewaskan Kedah di separuh akhir sekaligus berjaya ke peringkat akhir menentang Johor di Padang Ragbi, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, jam 4 petang, hari ini.
Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin turut memperkuatkan pasukan Terengganu sehingga mara ke peringkat final.
Baginda berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Ragbi Piala Agong 2017 Edisi Ke-35 di Primula Beach Resort, semalam.
Tengku Muhammad turut berkenan meraikan pemain pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir, masing-masing Terengganu, Johor, Kedah dan Perak.
Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Penasihat Persatuan Ragbi Terengganu Bazlan Abdul Rahman yang juga ADUN Batu Rakit dan beberapa Exco Negeri.
Ahmad Razif ketika berucap berkata, beliau berasa berbangga kerana kontinjen Terengganu yang diketuai oleh baginda ke peringkat akhir dan berharap agar skuad itu mejuarai Piala Agong tahun ini.
Juara Piala Agong akan menerima hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi manakala, naib juara mendapat RM10,000.

Tag: