• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

PEMULIH : 11 Juta Bakal Nikmati 'One-Off' COVID-19 Ogos Ini

PUTRAJAYA, 29 Jun - Seramai 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang bakal menikmati manfaat menerusi pemberian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang akan disalurkan mulai Ogos ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi isi rumah kategori miskin tegar akan menerima bantuan RM500 pada Ogos, dan RM500 lagi pada November, seterusnya RM300 pada Disember. 

"Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.

"Bagi isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember," ujarnya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), semalam.

Sementara itu katanya, bagi kategori bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.

"Juga isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 dan bujang kategori M40 menerima RM100 pada Ogos nanti," jelasnya.

Menurut Muhyiddin, BKC terbabit melibatkan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.


Tag: