• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

PEMULIH : Bayaran Tambahan BPR Sehingga RM500 Dibayar Mulai Esok

PUTRAJAYA, 28 Jun - Selaras dengan komitmen untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM500 yang akan disalurkan secara berperingkat mulai esok (29 Jun).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar September nanti. 

Menurut beliau, bayaran pada September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR.

"Secara keseluruhan nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion," ujarnya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), hari ini.

Katanya, sehingga hujung tahun ini, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion yang turut merangkumi BPR.


Tag: