• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Penduduk Dadong Gotong-royong Bersih Sungai

KEMAMAN, 4 Jun  – Penduduk Kampung Dadong berganding bahu dalam program Gotong-royong bagi membersihkan Sungai Dadong baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Mohd Hafiz Adam berkata, usaha itu turut melibatkan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) kampung terbabit.

"Acara bermula pada jam 8.30 pagi ini mendapat sambutan yang cukup menggalakan daripada penduduk setempat.

"Seluruh penduduk kampung, termasuk pemuda, wanita dan kanak-kanak turut serta dalam program ini. Penglibatan mereka bukan sahaja menunjukkan semangat kebersamaan, tetapi juga komitmen terhadap kebersihan dan kesihatan persekitaran," katanya selepas program.

Ujar beliau lagi, semangat yang ditunjukkan masyrakat di kawasan itu sangat positif demi masa depan gemilang negeri Terengganu.

"Saya sangat berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Dadong. Kerjasama antara JPKK dan JPKKP ini adalah satu contoh terbaik bagaimana kita boleh mencapai lebih banyak kejayaan apabila bersatu.

"Saya berharap program seperti ini akan terus diadakan untuk memastikan komuniti kita terus aktif dan rapat," ujarnya.


Tag: