• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penduduk Felda Jerangau Sepakat Bersih Kampung





Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau menzahirkan jiwa patriotik melalui Program Gotong Royong Bersama Penduduk dengan  membersihkan persekitaran  kampung dan kawasan kediaman masing-masing.

Penghulu Mukim Jerangau, Abdul Ghafar Bakar berkata program seumpama itu  melambangkan kesepakatan penduduk setempat  yang pastinya cinta kepada kebersihan dan keharmonian.

"Melalui semangat bergotong royong ini maka dapat dilihat wujudnya sikap bertanggungjawab dan permuafakatan yang membawa kepada semangat saling bekerjasama didalam sesebuah komuniti," ujarnya

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui  pada program itu sempena Sambutan Hari Kebangsaan,  di Kampung Felda Jerangau, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi MPKK Felda Jerangau cawangan II,  Anuar Omar berkata, program itu kali akan kali pertama dianjurkan sejak  MPKK kawasan ini ditubuhkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.

Katanya, hampir keseluruhan penduduk yang terlibat, rata-rata mereka bersemangat membersihkan kawasan yang dikenalpasti kotor.

“Antara kawasan yang menjadi tumpuan utama adalah perkarangan masjid, sekolah rendah, sekolah agama rakyat serta seluruh cawangan di dalam Felda Jerangau

“Aktiviti yang bermula jam 8.00 pagi itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat di mana banyak membantu penduduk membersihkan longkang masjid dan  menebang  pokok, mecantas dahan dan pelbagai kerja-kerja berat .
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Rancangan (JKKKR) Felda Jerangau, Abdul Razet Noordin melahirkan rasa bangga di atas kerjasama yang dipamerkan penduduk dan  pelbagai pihak yang terlibat.

“Saya berharap apa diuasahakan ini berterusan dan dan  akan menjadi budaya di antara komuniti setempat demi memastikan kesejahteraan dan keceriaan kampung ,"'ujarnya


Tag: