• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Penduduk Perlu Jaga Kebersihan Kampung


Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN- Penduduk di sekitar daerah ini diingatkan agar sentiasa mengambil berat tentang aspek kebersihan kampung masing-masing bagi menjamin persekitaran bebas pembiakan nyamuk aedes.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Dato’, Razeman Abdul Aziz berkata, kerajaan amat mengambil berat dan memandang kesihatan sebagai aspek penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

"Saya mengharapkan program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang. Marilah kita bersama-sama menjaga pesekitaran kampung dan kawasan rumah ke arah menuju gaya hidup tanpa denggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Anti Aedes yang telah disempurnakan Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Osmarizal Omar yang mewakili Haji Hanafiah Mat di Jalan Dato’(25 September).

Program gotong-royong anjuran MPKK Jalan Dato' itu turut mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dan Polis Diraja Malaysia (Kemaman).

Menurut beliau, melalui aktiviti gotong-royong sebegitu dapat membuktikan bahawa usaha yang kecil sebenarnya boleh membawa perubahan besar dalam membantu membasmi dan mengurangkan kes denggi.

Katanya, antara kawasan yang menjadi tumpuan untuk tujuan pembersihan ketika gotong-royong itu termasuklah kawasan pembuatan sampah dan longkang yang tersumbat di sekitar Jalan Dato’.

Tag: