• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Perkampungan Moreh Dungun Meriah, Luar Biasa

DUNGUN, 22 MAC- Perkampungan Moreh di Daerah Dungun yang berlangsung di Pantai Teluk Lipat di sini semalam berlangsung dengan cukup meriah.

Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim ketika ditemui selepas majlis perasmian perkampungan moreh berkata, ramai pengunjung datang termasuk dari luar daerah Dungun.

"Sepanjang perhatian saya, program yang telah berlangsung dalam tempoh seminggu ini mendapat sambutan yang cukup meriah sekali.

"Ramai pengunjung yang datang bukan sahaja dari kawasan Dungun malah luar kawasan Dungun turut sama-sama merasai suasana program tersebut," ujarnya.

Turut hadir pada program semalam, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli serta pegawai-pegawai Agensi Kerajaan.

Jusman berkata, aktiviti perkampungan moreh ini akan dijadikan acara tahunan dan ia telah dimasukkan dalam 'Calendar Of Event' ataupun kalendar tahunan bagi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

"Saya mengharapkan perkampungan moreh ini akan diteruskan dan mendapat sambutan daripada orang ramai," jelasnya.

Jusman berkata, program itu juga akan menjadi tanda kenangan pada dirinya di mana ia telah membantu menambahkan pendapatan ekonomi penduduk setempat.

 


Tag: