• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Perlawanan Amal Lagenda Terengganu, Selangor Kutip RM30,000


Ahmad Razif menyampaikan sumbangan hasil daripada kutipan

Jualan tiket bagi perlawanan amal dan persahabatan antarabangsa sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak & Hoki Terengganu, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM30,000.

Sumbangan akan diserahkan kepada enam badan kebajikan iaitu Tabung Solidariti Rohingya, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Tabung Amanah Anak Yatim Negeri Terengganu, Tabung Darul Iman, Persatuan Bekas Pemain Terengganu dan Tabung Bantuan Banjir.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan itu kepada semua penerima dengan masing-masing menerima RM5,000.

Perlawanan amal antara Legenda Terengganu menentang Lagenda Selangor tersebut, berakhir seri tanpa jaringan.

Selepas tamat perlawanan, penyokong juga disajikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Penyu menentang naib juara Liga Singapura, Tampines Rovers FC.

Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mengikat kelab dari negara jiran kendalian Akbar Nawas dengan keputusan 2-2.

Tag: