• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Pimpinan Setiu Luang Masa Santuni Pesakit

Shaharizukirnain menyantuni pesakit di Hospital Setiu.

Oleh: Fahmi Izzuddin

 

 
SETIU, 5 Februari - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Ab Kadir mengetuai program ziarah bulanan ke Hospital Setiu semalam bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan Batu Rakit, Zul Bhari A Rahman serta Mohd Shafizi Ismail.
 
Zul Bhari berkata, program yang menjadi rutin bulanan itu mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua kakitangan Hospital Setiu.
 
Katanya, aktiviti berkenaan juga mampu memberi motivasi kepada pesakit dan ahli keluarga yang sedang diuji.

 

 
Zul Bhari mendengar perkongsian hidup daripada seorang pesakit.
“Tujuan utama kita mengadakan ziarah adalah sebagai memberi semangat dan harapan kepada pesakit untuk sembuh.
 
“Di samping kita dapat memberi keceriaan kepada mereka untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).
 
Dalam kunjungan yang berlangsung selama satu jam itu, buah tangan serta keperluan harian turut diedarkan kepada pesakit. 
 
Mohd Shafizi (kanan,).
 

 


Tag: