Hapus Sekatan Ekonomi Syria : Strategi Politik Atau Perangkap Baharu AS?
PKP 2.0 Lebih Teratur Pelaksanaan
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU, 23 Januari- Negara dilihat lebih bersedia dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, berbanding pelaksanaan kali pertama, pada Mac tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, umumnya rakyat telah ada pengalaman menghadapi PKP kali pertama sebelum ini.
Malah, katanya negara juga pada kali ini lebih bersedia dari segi aspek ekonomi dan kebajikan kepada rakyat.
“Saya menasihatkan supaya (rakyat) mengambil langkah pencegahan dan amal kebersihan serta jarak sosial yang selamat bagi mengelakkan jangkitan COVID-19,” ujarnya ketika diminta mengulas penguatkuasaan PKP 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak.
Beliau yang juga Ketua Ameerah negeri Terengganu mengingatkan rakyat agar tidak mengambil mudah nasihat elakkan 3C dan amalkan 3W.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering kali berpesan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
“Elakkan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang dengan jarak yang dekat (close conversation).
"Manakala, amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam (wear) dan peringatan KKM (warn) seperti elak bersalaman dan rawatan segera jika bergejala,” jelasnya.
Tambah beliau, hikmah berada di rumah sepanjang PKP dengan meningkatkan amalan serta menjaga hubungan dengan Allah SWT.