Program YB Cakna Komuniti Sejahtera Medan Dekati Rakyat

MARANG, 2 Julai - Penganjuran Program YB Cakna Komuniti Sejahtera di setiap Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) mampu menghubungkan Yang berhormat (YB) dengan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, siri pertama program YB Cakna Komuniti Sejahtera yang dilaksanakan selama satu hari di peringkat JPKK Sungai Serai dan Gondang itu diharapkan menjadi jambatan penghubung antaranya dan rakyat.

“Dengan penganjuran program sebegini, saya nak berjumpa dan mendengar respon langsung daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Bual Bicara Maal Hijrah di Surau Kampung Gondang, di sini.

Menurut beliau, YB Cakna Komuniti Sejahtera adalah program bersiri yang diadakan di setiap Unit Daerah Mengundi (UDM).

"Program biasanya bermula dengan sarapan pagi, munajat, ziarah, rawatan syifa, Mahabbah, sukan belia/beliawanis dan bual bicara atau chit chat," ujarnya.


Tag: