• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Punca Air Melintas Hadapan JPJ Bukit Besi Disiasat


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 4 November- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman mengambil cakna permasalahan air melintas di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan Bukit Besi yang berlaku apabila hujan lebat.

Katanya, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Dungun telah mengambil jalan penyelesaian awal sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

"Pada hari ini saya bersama-sama pegawai JPS meninjau saliran dan perparitan di sekitar sini.

"Kebiasaannya apabila hujan, air melintas jalan dan pengguna tidak boleh melalaui jalan utama ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) semasa meninjau kawasan perparitan berkenaan, semalam.

Menurut beliau, beberapa langkah akan diambil oleh JPS termasuk dengan meninggikan jalan atau menambah jejari pada saliran air di tempat berkenaan.

"Untuk tujuan itu, maka kita perlu angkat permohonan peruntukkan bagi menyegerakan mekanisme ini agar kebaikan pengguna jalan raya terjamin dan ini adalah tanggungjawab kita kerana segala perkara berkaitan orang awam perlu disegerakan," ujarnya.


Tag: