• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

RAKR Bukit Kuang A Gondol Kejohanan

KEMAMAN, 26 Jun - Pasukan RAKR Bukit Kuang A muncul juara pada Kejohanan Liga Bolasepak 9 Sebelah UHJ Kijal 2022 setelah mengalahkan pasukan RAKR Bukit Kuang B dengan jaringan 2-0 di peringkat akhir. 

Dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari di Padang Bola Seri Bandi kelmarin, sebanyak 18 pasukan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang mengambil bahagian.

Ustaz Hazri Jusoh sedang berucap. 

Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh yang menyempurnakan majlis perasmian kejohanan tersebut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang terlibat.

Jelasnya, penganjuran kejohanan tersebut dapat mengasah bakat-bakat baru dalam kalangan pemain muda di kawasan Kijal di samping dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat.

Pasukan RAKR Bukit Kuang meraikan kejayaan mereka. 

Pada kejohanan anjuran Pemuda PAS Kijal menyaksikan empat pasukan yang berentap di peringkat separuh akhir terdiri daripada RAKR Bukit Kuang A, RAKR Bukit Kuang B, Seri Bandi FC dan Beris FC dimana Seri Bandi FC ditempat ketiga setelah mengalahkan Beris FC 4-3 menerusi tendangan penalti.


Tag: