• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Regu Dungun Juara Takraw Piala Exco

DUNGUN, 12 Mac  - Regu sepak takraw Pelam B yang mewakili Daerah Dungun berjaya menjulang Piala Exco Belia, Sukan dan NGO Terengganu sekali gus mengecewakan GASTEP yang hanya bergelar Naib Juara.

Pengurus merangkap jurulatih regu itu, Azman Senik bersyukur dan berbangga dengan kejayaan anak didiknya selepas membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. 

"Sekali gus membuktikan anak-anak Dungun juga setanding dengan pasukan lain dan sedia menyahut cabaran di peringkat nasional," katanya ketika dihubungi di sini. 

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu iaitu pada 2 hingga 4 Mac telah diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak. 

Azman turut berharap dengan kejayaan tersebut akan memberi semangat kepada regu-regu lain khususnya dari Dungun untuk menyertai kejohanan sepak takraw di peringkat negeri

"Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari semua pihak terutama Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli Ahli Parlimen Dungun," ujarnya lagi. 


Tag: