• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

KUALA NERUS, 28 Disember - Bermula dengan kanopi kecil di hadapan sekolah di daerah ini, perniagaan ayam RM1 yang diusahakan Muhammad Fuad Hanis kini makin berkembang sehingga mendapat tempahan ramai.

Pemilik restoran Kampung Duyung Fried Chicken (KDFC) itu berkata, tiada rezeki datang bergolek tanpa usaha gigih, pengorbanan dan sokongan keluarga.

"Saya bermula dengan menjual ayam goreng ini pada bulan Ogos 2005 dengan berkanopi di hadapan sekolah-sekolah manakala hari cuti sekolah saya berniaga di Pantai Teluk Ketapang.

"Permulaan bisnes ini banyak cabaran yang datang, namun hasil yang diperolehi memberikan saya semangat untuk terus berniaga.

"Dulu hasil jualan sekitar RM500 sehari, sekarang selepas sudah berkembang, alhamdulillah mampu mencecah RM2,000 hingga RM3,000 sehari," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman.

Menurutnya lagi, kualiti ayam yang dijual adalah salah satu kunci kejayaannya dalam perniagaan tersebut.

"Selain rasa ayam yang lembut dan rangup ketika dimakan, keistimewaan menu utama terletak pada Pitaza ini adalah standing jenama antarabangsa dan dijual dengan harga murah.

"Rata-rata maklum balas yang diterima daripada pelanggan memberitahu dengan gabungan rasa nanas dan sos adalah kunci utama menu Pitaza yang kami hasilkan," katanya.

Muhammad Fuad berkata KDFC kini mempunyai 14 orang tenaga kerja dan premisnya bertempat di Kampung Duyung, Seberang Takir.

"Saya berhasrat untuk membantu anak-anak muda yang hendak mencari pekerjaan dengan memajukan perniagaan seperti pembukaan cawangan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi," jelasnya.

Tambah Muhammad Fuad, perniagaannya juga menerima tempahan daripada badan-badan korporat untuk majlis seperti sambutan hari kelahiran, kenduri kahwin dan jamuan


Tag: