• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Rezeki Berkat Rezeki Yang Digunakan Ke Arah Kebaikan

MARANG, 27 Oktober - “Rezeki ni ada manfaatnya, jika kita gunakan ke arah kebaikan. Jika sebaliknya, rezeki itu menjadi tidak berkat".

Penyelia Parlimen institut Modal insan Terengganu Sejahtera (iMiTS), Ahmad Maarof Ismail berkata, "Nak tahu rezeki kita tidak berkat boleh nilai kehidupan keluarga kita samaada bermasalah atau tidak",

“Rezeki yang Allah kurniakan ini luas. Bukan dalam bentuk makanan, minuman sahaja. Tetapi ilmu pengetahuan, isteri dan anak itu pun sebahagian daripada rezeki.” Ujarnya ketika dalam Kuliah Dhuha Mingguan secara atas talian.

Ahmad Maarof menjelaskan, “Apa yang kita nak, tidak sama dengan apa yang Allah beri, Allah beri ikut kemampuan kita dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita hari ini sudah tentu tidak akan sama dengan hari esok",

"Rezeki ini ada dua jenis. Pertama adalah rezeki umum yang diberi kepada semua manusia berbentuk kesihatan, ada juga  dalam bentuk kekayaan bagi orang yang berusaha walaupun seseorang itu bukan Islam. Yang keduanya ialah rezeki khas iaitu iman kepada seseorang. Jadi, orang Islam bila dapat rezeki bersyukur dan gunakan untuk manfaat", katanya.

Di samping itu, Ahmad Maarof juga memberi tips untuk menjemput rezeki, iaitu dengan bersedekah, berselawat, beristighfar, menggembirakan ibu bapa, membaca surah Al-Waqiah setiap malam, hadir ke majlis ilmu, tinggalkan dosa-dosa dan buat perkara yang mendatangkan pahala.

"Cara-cara untuk luaskan rezeki dengan sempatkan diri untuk beribadat, ingat kepada Allah, tolong orang terutamanya keluarga sendiri, buat kebajikan yang banyak,  jalinkan hubungan sillaturahim, menunaikan solat dhuha, dan berzikir di waktu pagi dan petang",

Akhir sekali, beliau mengingatkan semua supaya bersyukur dengan rezeki yang diberi melalui cara bersedekah, jujur dalam kehidupan, selesaikan hutang dan berbuat baik pada binatang . Menghulurkan sedekah  juga merupakan solusi kepada masalah yang kita hadapi. Ujarnya ketika menyampaikan kuliah di Pejabat Pas kampung Rusila.


Tag: