• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sektor Pertanian Terengganu Rugi Lebih 10 Juta

KUALA TERENGGANU, 9 Mac- Sektor pertanian di Terengganu dianggarkan mengalami kerugian lebih RM10 juta ekoran banjir yang berlaku baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, perusahaan sawah padi dan ikan air tawar merupakan antara sektor yang paling teruk terjejas akibat bencana alam itu.

"Nilai kerugian sebenarnya sedang dikenal pasti tetapi saya anggar kerugian melebihi RM10 juta.

"Saya telah bentangkan data awal ini kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana tabung bencana pertanian hanya (sebelum ini diperuntukkan) RM1 juta bagi tempoh Januari hingga Disember 2022,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Bengkel dan Persidangan Perlindungan Radiasi pada kelmarin.

Dalam pada itu, Dr Azman berkata, sektor pertanian di Setiu, Besut dan Hulu Terengganu merupakan antara daerah paling terjejas yang merosakkan ribuan hektar tanaman padi di Besut dan Setiu serta ternakan ikan air tawar di sepanjang Sungai Terengganu musnah seratus peratus-Bernama.
 


Tag: