Berita :
Semua Jabatan, Agensi Digesa Amal Langkah Penijmatan
Semua Jabatan, Agensi Digesa Amal Langkah Penijmatan
Adli Mohamad
1 jam yang lepas
74

KUALA TERENGGANU, 21 April – Seluruh jabatan dan agensi negeri digesa agar terus mengamalkan penjimatan serta kawalan perbelanjaan secara berhemah.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, langkah tersebut perlu diamalkan selaras dengan keadaan ekonomi semasa dan pekeliling kewangan yang sedang berkuat kuasa.

“Setiap perbelanjaan hendaklah berasaskan keutamaan, mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan impak kepada rakyat tanpa menjejaskan mutu penyampaian perkhidmatan.

“Sebaliknya, pendekatan ini perlu menjadi dorongan untuk kita bekerja dengan lebih cekap, berdisiplin dan bijak mengoptimumkan sumber sedia ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program 100 Hari Pentadbiran Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Terengganu Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri di Dewan Jamuan, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan kepada seluruh penjawat awam agar memelihara integriti dengan menolak sebarang bentuk pelanggaran tatakelakuan, rasuah dan konflik kepentingan.

“Integriti ialah teras kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan mesti dibuktikan melalui tindakan, keputusan dan tingkah laku harian.

“Saya menyeru semua ketua jabatan agar terus memperkukuh penghayatan nilai integriti dalam kalangan pegawai dan warga kerja di jabatan serta agensi masing-masing,” ujar beliau.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan