• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Serikandi Bawa Pulang Piala Jelapang



Barisan pemain badminton Serikandi yang menjadi juara bagi kategori Classic Plate dalam PTIWRBNM yang berrlangsung di Alor Setar, Kedah. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.


Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) muncul juara bagi kategori Classic Plate dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM), semalam.

Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata,  kemenangan di program lima hari di Kedah bermula 8 Februari lalu tersebut adalah hasil daripada komitmen semua pemain yang bersemangat tinggi dan sangat fokus.

“Tahniah buat pasukan badminton Serikandi yang telah menjadi johan bagi kategori Classic Plate dan ini adalah hasil kerjasama daripada semua ahli-ahli yang memberi komitmen yang penuh bersemangat di samping latihan yang diberikan oleh jurulatih.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, menyokong kami sehingga berjaya mencapai kejayaan hingga ke tahap ini,” katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam majlis Penyampaian Hadiah Bagi Acara Badminton di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, semalam.

Majlis penyampaian tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan badminton Serikandi membawa pulang Piala Jelapang, medal serta hadiah iringan.

Tag: