• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Serikandi Sertai PTIWRBNM Di Kedah



YDP Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria bersama ahli-ahlinya yang lain pada majlis perasmian PTIWRBNM di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.


Seramai 28 peserta mewakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah bermula semalam dan berakhir 11 Februari ini.



PTIWRBNM 2017 disertai 718 peserta membabitkan 14 negeri dan mereka akan bertanding dalam perlawanan badminton serta tenpin boling bagi merebut Piala Pusingan Badminton dan Tenpin Boling.

Majlis perasmian PTIWRBNM tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Manakala majlis penutup program tersebut dijangka dirasmikan  Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 11 Februari ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Tag: