• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Setiap Masa Perlu Ingat Rasulullah- YB Mohd Nurkhuzaini




Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 6 Disember- Hakikatnya memperingati Rasulullah SAW bukannya terletak pada hari tertentu sahaja tetapi perlu sentiasa disemai dalam hati memberitahu setiap Muslim sama ada melalui iktikad atapun perbuatan sebagai bukti kasih dan cinta terhadap Baginda.

Adun Kota putera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawana, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja,  Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman perginya Bulan Maulidur bukanlah bermakna umat Islam  tidak lagi mengingati Nabi SAW,  sebaliknya perlu mengingati nabi sepanjang masa lebih- lebih lagi pada hari Jumaat.

“Marilah kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan petunjuk supaya kita mengikutinya dengan sepenuh hati,"katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah di Kota Putera Square, Kampung Raja, di sini hari ini.

Acara tahunan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Besut untuk mengingati peristiwa kelahiran nabi SAW.

Katanya, pada masa sama, marilah kita mengubah diri kita supaya seiring kearah kebaikan. Kita berada dalam situasi sekarang dimana islam sedang dihina, tetapi kita mendengar janji Allah SWT suatu hari nanti Islam akan menang.

“Tujuan sambutan ini untuk meletakkan kecintaan kita setinggi-tingginya kepada Nabi SAW sama ada kalah atau menang, kita tetapkan Nabi SAW adalah matlamat dan pimpinan ikutan kita.
“Janganlah kita meletakkan sedikitpun kekecewaan kita terhadap perjuangan islam, jadilah sirah-sirah Nabi SAW sebagai motivasi atau onak dan duri dalam perjuangan islam. Istiqamah dalam perjuangan islam,”katanya


Tag: