• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Skuad Ragbi Terima Suntikan Semangat

KUALA NERUS, 15 September- Skuad ragbi lelaki dan wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Edisi ke-20 yang akan berlangsung di Johor Bahru Mac 2021 mendapat suntikan semangat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.

Selaku 'bapa angkat', Alias menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada skuad berkenaan

Ibni Amin Busu(kanan) menyampaikan cenderamata kepada Alias

Menurut Alias, sumbangan tersebut sebagai galakkan dan membantu atlet di dalam membuat persediaan untuk menghadapi saingan di sukan dwi-tahunan itu. 

"Saya berharap skuad ragbi ini berjaya menzahirkan pungutan pingat emas sebagai hadiah kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri, Ibni Amin Busu yang akan bersara sejurus  SUKMA ke-20 ini, berakhir," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Bapa Angkat Bersama Atlet Ragbi SUKMA 2020 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak di sini.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu, Amir Amri Mohamad. 

 

Sementara itu Ketua Jurulatih Ragbi Terengganu, Izaimi Zainuddin berterima kasih dengan sumbangan tersebut dan berharap ianya sebagai suntikan motivasi untuk meningkatkan lagi latihan sebagai persediaan menghadapi saingan di sukan tersebut. 

"Kita akan menggunakan sumbangan tersebut untuk membeli makanan tambahan (suplemen) dan peralatan asas," tambah Izaimi. 


Tag: