• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

SOP Solat Jumaat, Jemaah Diketahui Khamis Ini

KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau akan bermesyuarat bersama Perdana  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini bagi membincangkuan garis panduan berkenaan.

"Hari ini saya akan bincang, kemudian esok dibawa masuk ke mesyuarat Kabinet," katanya sebagaimana dilapor Berita Harian.

Menurut Zulkifli, cadangan tersebut kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Majlis Raja-Raja dan pihak berkuasa negara.

"Prosedur itulah yang kita lakukan termasuk mengambil saranan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk SOP yang akan kita bina, Insya-Allah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan keputusan Perlis membenarkan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini adalah mengikut bidang kuasa agama negeri masing-masing.

Mengulas mengenai solat Aidilfitri pula, beliau berkata perkara itu juga akan diperhalusi secara khusus dalam masa terdekat.


Tag: