SHAH ALAM, 13 Ogos- Pasukan Bola Tampar Pantai, Terengganu A muncul antara pasukan terawal melayakkan diri peringkat suku akhir apabila menewaskan Johor B dengan keputusan 2-0, pada aksi terakhir peringkat Pool F, hari ini.
Terengganu A diwakili Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq menewaskan gandingan Chang Kai Zhe dan Ong Li Wei secara 'straight set' (21-5)(21-7) untuk terus kekal sebagai pendahulu kumpulan.

Dalam pada itu, satu lagi pasukan iaitu Terengganu B yang diwakili gandingan Muhammad Ashraf Baginda dan Muhammad Zuhairi, turut layak ke suku akhir selepas menang 2-0 (21-12)(21-17) ke atas Sarawak A pada aksi terakhir Pool B, sebentar tadi.